Home Sukan Salah menang lagi Kasut Emas

Salah menang lagi Kasut Emas

KUALA LUMPUR – Aksi turun naik pada pertengahan musim tidak menghalang bintang Liverpool, Mohamed Salah merangkul Kasut Emas Liga Perdana Inggeris selepas perlawanan terakhir musim ini.

Salah menjaringkan 22 gol sekali gus berkongsi kejayaan itu bersama rakan sepasukannya, Sadio Mane dan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang turut menjaringkan jumlah yang sama.

Bintang Mesir itu bagaimanapun gagal menjaringkan sebarang gol ketika The Reds menang 2-0 ke atas Wolverhampton di Anfield yang menyaksikan Manchester City berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Namun Salah tetap menikmati kejayaan Kasut Emas itu dengan memuat naik gambar hadiah itu bersama anak perempuannya di laman Twitter.

Salah menikmati musim lalu dengan cemerlang apabila merangkul Kasut Emas selepas meledak 32 gol dalam 36 perlawanan tetapi hanya menjaringkan 22 gol musim ini namun ia sudah mencukupi untuk dia berkongsi kejayaan itu. – MalaysiaGazette