GUATEMALA CITY – Badan Kehakiman Tertinggi Guatemala menghalang anak perempuan bekas diktator, Efrain Rios Montt daripada menyertai pemilihan presiden pada Jun ini.
Mahkamah negara itu menolak petisyen yang difailkan oleh Zury Rios untuk mengenepikan keputusan mahkamah rayuan yang menghalangnya daripada bertanding dalam pemilihan presiden, kata mahkamah berkenaan dalam satu kenyataan.
Keputusan itu berdasarkan artikel Perlembagaan Guatemala yang
membenarkannya menghalang mana-mana ahli keluarga atau saudara mara pemimpin tidak dibenarkan berkhidmat sebagai presiden atau naib presiden.
“Garis panduan menghadkan saudara terdekat untuk bertanding jawatan presiden atau naib presiden di negara republik ini kerana kepentingan individu akan melampaui kepentingan rakyat,” kata mahkamah.
Peguambela Rios yang dilantik untuk meneruskan kepimpinan Presiden Jimmy Morales, enggan mengulas keputusan mahkamah itu.
Rios menulis dalam akaun Twitter bahawa beliau akan membalas keputusan mahkamah dalam wawancara khas di kaca televisyen lewat petang Isnin (waktu tempatan).
Tribunal Pilihan Raya Tertinggi Guatemala mempunyai masa 24 jam untuk membatalkan pendaftaran Rios sebagai calon presiden, menurut Setiausaha Mahkamah, Martin Guzman pada sidang media.
Bapanya Rios Montt disabitkan kesalahan pada 2013 terhadap jenayah kemanusiaan ke atas rakyat negara itu tetapi seminggu kemudian hakim mahkamah tertinggi mengubah keputusan tersebut.
Riuos Montt meninggal dunia tahun lalu pada usia 91 tahun. – MalaysiaGazette