KUALA LUMPUR – Lebih 40 lagi saksi ‘berpotensi’ akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding penyewelengan dana sebanyak RM42 juta SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Begitu jawapan Timbalan Pendawa Raya Datuk V. Sithambaram ketika Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bertanya tentang perjalanan perbicaraan tersebut hari ini.
Kata Sithambaram lagi, setakat ini sudah 30 peratus selesai proses prosiding yang sudah masuk hari ke-18 pada 15 Mei lepas dengan keterangan daripada 37 saksi.
“Sudah berapa hari secara jumlahnya? Ada sesiapa yang mengikutinya perjalanan prosiding?,” soal Hakim Mohd Nazlan.
Sithambaram kemudian menjawab jumlah bilangan atau hari sebenarnya tidak penting tetapi berapa lama masa akan diambil oleh saksi.
“Berapa lagi saksi? Ada sebarang jangkaan?,” soalnya.
“Kira-kira 30 peratus daripada proses perbicaraan telah selesai, ada lebih 40 lagi saksi pendakwaan,” katanya.
Hakim Mohd Nazlan kemudian menetapkan penghujung Mei sehingga pertengahan Ogos sebagai tarikh prosiding SRC International ini.
Beliau menetapkan 39 hari untuk perbicaraan itu mulai 28 Mei hingga 29 Mei, 10 hingga 14 Jun, 17 hingga 21 Jun, 1 hingga 3 Julai dan 8 hingga 15 Ogos.
“Tarikh 14 Mei dan 21 Jun jatuh pada hari Jumaat, oleh itu perbicaraan akan hanya diadakan separuh hari, manakala dari 8 Julai hingga 15 Ogos, tiada prosiding pada setiap hari Jumaat,“ kata Hakim Mohd Nazlan.
Tarikh-tarikh ini dituntut oleh pihak pendakwaan bagi menggantikan tarikh gentian yang tertunda sebelum iaitu dua hari Jumaat.
Ketua pasukan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah walaupun menegaskan ada perkara pada dua hari gantian Jumaat itu.
“Saya perlu menyusun jadual saya tetapi tidak apa,” katanya. –MalaaysiaGazette