Home Utama Harga getah jatuh, IPG bulan April diaktifkan

Harga getah jatuh, IPG bulan April diaktifkan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan selepas harga purata peringkat lading bagi cuplump jatuh ke paras RM2.35 sekilogram bagi semenanjung dan RM2.05 (Sabah) serta RM2.15 sekilogram (Sarawak) pada April lalu.

Dengan itu, Lembaga Getah Malaysia memberitahu, bayaran bagi IPG teraktif April 2019 adalah sebanyak 15 sekilogram untuk pekebun di semenanjung, 45 sen sekilogram (Sabah) dan 35 sen (Sarawak).

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan April 2019 mulai 1 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sejak Januari lalu, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.- MalaysiaGazette