Home Ekonomi Impak perang perdagangan terkawal, kata China

Impak perang perdagangan terkawal, kata China

Daerah perniagaan Beijing

BEIJING  – Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Kebangsaan (NDRC) mengakui ketegangan perdagangan dengan Amerika Syarikat memberi kesan kepada ekonomi mereka bagaimanapun ianya masih terkawal.

Menurut agensi perancangan negara China itu, langkah-langkah mengawal impak tersebut akan diumumkan apabila diperlukan kelak.

Langkah-langkah itu penting bagi “memastikan operasi ekonomi berada dalam jajaran yang munasabah,” katanya dalam satu sidang media di sini.

China mencatatkan pertumbuhan perlahan dalam jualan runcit dan output industri pada April.

Ini menambah tekanan kepada Beijing untuk mengumumkan lebih banyak rangsangan ekonomi selepas ketegangan perdagangan dengan AS semakin memuncak.- MalaysiaGazette