Home Ekonomi SC keluarkan rangka kerja baharu pendanaan awam hartanah

SC keluarkan rangka kerja baharu pendanaan awam hartanah

UEM Sunrise
Persatuan Pemaju Perumahan dan Harta Tanah Malaysia (REHDA) berharap kerajaan akan meluaskan lagi program Rent-to-Own kepada pasaran terbuka dan bukan hanya terhad kepada 5,000 unit rumah PR1MA sahaja.- MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengeluarkan satu rangka kerja baharu pendanaan awam (crowdfunding) hartanah susulan semakan semula Garis Panduan Pasaran-Pasaran yang Diiktiraf.

Dalam Bajet 2019 yang lalu, kerajaan mengumumkan penyediaan kaedah pembiayaan alternatif kepada pembeli rumah kali pertama menerusi skim pendanaan awam hartanah.

Justeru menurut Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar, badan itu menyokong idea-idea yang dapat membantu pelabur menggunakan teknologi sepenuhnya.

“SC sangat menyokong sebarang idea untuk menggunakan teknologi yang memberi manfaat kepada para pelabur dengan membuka akses kepada pelaburan dan dalam masa sama meluaskan opsyen pembiayaan kepada rakyat.

“Dengan itu, kami gembira untuk mengumumkan semakan semula Garis Panduan Pasaran-Pasaran yang Diiktiraf hari ini.

“Garis panduan yang telah disemak semula ini akan memperkenalkan syarat-syarat baharu untuk memudahcara pendanaan awam hartanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Syed Zaid, pendanaan awam hartanah menawarkan potensi yang sama seperti pendanaan awam ekuiti (ECF) dan platform pembiayaan rakan kepada rakan (P2P) yang bukan sahaja menjadi sumber alternatif kepada pembiayaan tetapi direka khusus kepada pembeli rumah kali pertama.

Ia juga memberikan akses pelaburan baharu kepada pelabur.- MalaysiaGazette

SC pelawa pengendali platform ECF, P2P

Kajian mendalam perlu bagi pendanaan awam hartanah, kata Daim

+ posts