LONDON – Pep Guardiola menolak khabar angin yang mengaitkan dirinya akan menyertai Juventus menggantikan Massimiliano Allegri.
Pengurus Manchester City itu berkata, dia gembira di City dan tidak akan meninggalkan kelab itu.
Sebelum ini Kelab Serie A Itali, Juventus mengumumkan bahawa Allegri meninggalkan kelab itu.
Jurulatih berusia 51 tahun itu menjulang lima gelaran Serie A dan Coppa Italia sepanjang lima musim mengendalikan Juventus.
“Saya tidak pergi ke Juventus atau Itali. Saya ada dua tahun lagi bersama Manchester City.
“Saya berpuas hati berkhidmat di sini dan akan mengemudi pasukan ini menghadapi EPL musim hadapan dan tidak ada keperluan untuk berhijrah ke Serie A ketika ini.
“Saya sudah beberapa kali sebelum ini menjelaskan mengenai perkara ini, kenapa anda masih mengulangi soalan yang sama yang tidak ada kena mengena dengan saya?” katanya pada sidang media menjelang perlawanan akhir Piala FA Emirates malam esok.
Terbaru Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino dikaitkan sebagai calon pilihan utama mengisi kekosongan di Juventus. – MalaysiaGazette