Home Nasional Dr Mahathir ucap selamat menyambut Hari Wesak

Dr Mahathir ucap selamat menyambut Hari Wesak

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri berkata, Hari Wesak mengingatkan betapa beruntungnya rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan amann damai dalam kepelbagaian.

“Sekali lagi rakyat Malaysia yang beragama Buddha dapat menyambut Hari Wesak dengan aman dan tenteram.

“Saya dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak,” katanya menerusi status yang dimuat naik menerusi akaun Facebook. – MalaysiaGazette