Home Ekonomi Tiada ejen, pelobi dilantik MRLSB, CCCC

Tiada ejen, pelobi dilantik MRLSB, CCCC

Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan untuk menukar fungsi Stesen ECRL Tok Bali kepada mengangkut penumpang sahaja walaupun pelan asal digunakan untuk mengangkut penumpang dan kargo.

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dan China Communications Construction ECRL Sdn Bhd (CCCC) tidak pernah melantik ejen-ejen rasmi atau pelobi untuk memudahkan pra-kelayakan kontraktor-kontraktor tempatan bagi 40 peratus pakej kerja-kerja sivil bagi projek pembinaan Landasan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kedua-dua syarikat itu mengesahakan tiada kontrak untuk kerja-kerja sivil ECRL akan diberikan secara terus.

Dalam kenyataan bersama, MRLSB dan CCCC berkata, sebarang dakwaan oleh mana-mana syarikat yang menyatakan mereka telah dijanjikan sebagai kontraktor-kontraktor utama ECRL melalui anugerah terus adalah tidak benar.

Sehubungan itu, kontraktor-kontraktor tempatan yang menerima tawaran seumpama itu daripada pihak yang mendakwa sebagai ejen atau pelobi segera membuat laporan kepada MRLSB atau CCCC.

“Pendekatan undang-undang akan dipertimbangkan jika perlu demi melindungi hak kami,” kata MRLSB dan CCCC.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan kontraktor Kelas G3 hingga G6 mempunyai peluang terlibat dalam kerja-kerja sivil dengan mendaftar kepada subkontraktor-subkontraktor yang dilantik.

MRLSB dan CCCC sedang menjalankan latihan pra-kelayakan bertujuan membolehkan semua kontraktor dengan lesen Gred G7 hingga G7 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan minimum 2 bintang untuk mendaftar dan disenarai pendek sebagai peminjam yang berpotensi untuk kerja-kerja sivil ECRL.

“Oleh itu, semua syarikat pembinaan dan kontraktor tempatan tulen dan berkelayakan yang mahu disenarai pendek sebagai syarikat yang berpotensi tender bagi pakej kerja-kerja itu digalakkan menyertai latihan pra-kelayakan.

Mereka juga boleh  mengemukakan permohonan secara langsung di kaunter CCCC di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 29 dan 30 Mei,” katanya dalam kenyataan itu. – MalaysiaGazette