Home Politik Jangan biar Najib, Jho Low kaburi PH – Kit Siang

Jangan biar Najib, Jho Low kaburi PH – Kit Siang

Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Tanpa menegur sikap sesetengah pimpinan DAP yang mengkritik Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik –  Lim Kit dilihat menyalahkan apa yang berlaku merupakan kesilapan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ahli perniagaan kontroversi, Jho Low serta kleptokrasi kerajaan terdahulu sebagai punca berlakunya ‘huru hara’ dalam kerajaan PH sekarang.

Malah Kit Siang awal-awal sudah memberi amaran akan berlaku lebih banyak ‘perang dalaman’ dalam PH angkara cybertrooper Najib serta Jho Low dalam memastikan setiap aktiviti kleptokrasi yang dilakukan sebelum ini dapat dikaburi dengan berita-berita tidak benar khasnya dalam media sosial.

Sambil itu beliau menafikan sekeras-kerasnya berita kononnya Maszlee akan digantikan oleh pemimpn DAP, Teo Nie Ching yang kini merupakan Timbalan Menteri Pendidikan tetapi dalam masa yang sama menganggapnya agenda Najib.

Kata Kit Siang, DAP tidak pernah meminta Perdana Menteri untuk memberikan jawatan itu kepada partinya pada bila-bila masa seeprti yang sedang menjadi tular sekarang.

Bagaimanapun beliau tidak menyentuh tentang komen keras pimpinan DAP terhadap Maszlee.

“Tidak ada kebenaran langsung dalam sebaran berita-berita itu. DAP tidak pernah berniat menggantikan tempat Menteri Pendidikan mahupun melancarkan sebarang gerakan seumpama itu untuk menyingkirkan Maszlee. Tidak benar. Inilah kehebatan media-media sosial pada masa kini.

“Inilah yang saya sebut-sebut selama ini, ini adalah antara lima stategi Najib termasuk kempen ‘Malu Apa Bossku’ bagi memastikan apa kleptrokasi dan merompak itu sudah dapat dikaburi, ” tegasnya dalam blog beliau hari ini.