Home Nasional Sabung nyawa kerana nak cepat 5 minit

Sabung nyawa kerana nak cepat 5 minit

Pejalan kaki kelihatan tidak menggunakan jejantas yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Antara ‘tabiat buruk’ yang sehingga kini tidak dapat dapat dibendung dalam kalangan penduduk negara ini adalah sikap tidak endah keselamatan diri dan sekeliling, asalkan semuanya boleh dilakukan dengan cepat.

Salah satu daripadanya ialah sikap pejalan kaki yang acuh tidak acuh serta liat untuk menggunakan kemudahan jejantas sehingga sanggup menggadai nyawa dengan berlari melintas jalan semata-mata mahu jimatkan masa.

Apabila ‘nasi sudah jadi bubur’ jari dituding ke arah pihak berkuasa.

Pengamatan MalaysiaGazette mendapati masih ada pejalan kaki memilih untuk melintas jalan berbanding menggunakan jejantas yang disediakan di bersebelahan stesen LRT Ampang di Jalan Ampang.

MGF20052019_TINJAUAN JEJANTAS_05
Pejalan kaki kelihatan tidak menggunakan jejantas yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

Malah daripada 10 orang, 8 pejalan kaki lebih rela melintas jalan raya daripada mendaki tangga jejantas walaupun menyabung nyawa dilanggar kenderaan yang menyusur laju.

Ketika menemuramah orang ramai, rata-rata mereka melahirkan rasa kurang senang dengan pengguna yang enggan menggunakan jejantas sehingga membahayakan diri sendiri dan  pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, pada masa sama, ada juga pengguna merasakan tangga jejantas sangat tinggi sehingga menyukarkan pejalan kaki khasnya warga emas atau orang berlainan keupayaan sehingga menyebabkan sanggup melintas jalan raya yang sibuk.

MGF20052019_TINJAUAN JEJANTAS_06
Pejalan kaki menggunakan jejantas yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

Tidak kurang juga aduan tentang ‘vandalisme’ di jejantas selain daripada jejantas dihuni peminta sedekah dan gelandangan yang menyebabkan orang ramai berfikir dua kali untuk menggunakan kemudahan itu namun menurut segelintir pengguna jejantas ia masih lagu selamat digunakan dengan keadaan yang terang pada malam hari.

Menurut Ezrai Hairi, 28, yang merupakan pegawai bank di Cheras dan kerap menggunakan pengangkutan awam menyedari bahaya melintas jalan ketika sudah disediakan jejantas namun ia tidak begitu mesra pengguna.

MGF20052019_TINJAUAN JEJANTAS_07
Temubual bersama Pegawai Bank, Ezrai Hairi mengenai pejalan kaki tidak menggunakan jejantas yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

“Betul, saya selalu gunakan pengangkutan awam dan selalu juga tengok bagaimana umum melintas jalan walaupun ada jejantas lagi-lagi jalan deras dengan kereta. Mereka tidak kisah dan sebenarnya sangat berbahaya.

“Tetapi pada masa yang sama, anda tengok sendiri jejantas ini? Sangat tinggi untuk didaki, mungkin ambil masa hampir 5 minit untuk sampai ke seberang sana, bagaimana jika yang naik ini adalah orang tua atau tidak berkeupayaan.

“Pihak berkepentingan juga perlu ambil perhatian tentang isu ini, patutnya ‘win-win’ jangan sehingga mereka ini risikokan diri,” katanya ketika ditemui di hentian bas sebentar tadi.

MGF20052019_TINJAUAN JEJANTAS_09
Temubual bersama Pemandu Teksi, Shamsul Azman Jusoh mengenai pejalan kaki tidak menggunakan jejantas yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

Bagi pemandu teksi, Shamsul Azman Jusoh, 46, yang tinggal di Ampang berkata, walaupun sedar bahaya untuk melintas jalan terutamanya ketika masa sibuk seperti waktu puncak, pengguna masih degil dan tidak kisah= menyabung nyawa

“Mereka ini degil, tidak kisah. Patut saman sahaja kerana begitu berani buat, saya sendiri banyak kali tegur, lagi-lagi ada yang ada anak-anak kecil naik kereta sorong bayi. Tapi mereka degil.

“Memang bahaya jalan lintas seperti ini tetapi siapa yang mahu dengar sebenarnya? Saya rasa tidak ada, saya sudah bertahun memandu teksi ambil hantar penumpang di Star LRT ini, memang degil mereka-mereka ini,” tegasnya.

MGF20052019_TINJAUAN JEJANTAS_08
Temubual bersama Pemandu Teksi, Abdul Rani Mohd Zain mengenai pejalan kaki tidak menggunakan jejantas yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

Pemandu teksi, Abdul Rani Mohd Zain, 53 melahirkan rasa kurang senang kerana pejalan kaki ini tidak mengendahkan penguatkuasa termasuk polis trafik dan berani melintas jalan yang sibuk.

“Ketika ini, tidak ada penguatkuasaan saman menyaman, mungkin demi keselamatan ada baiknya saman sahaja supaya takut lakukan ini, bukan sahaja bahayakan diri sebaliknya semua pengguna lain. Tidak adil bagi yang lain. Tindakan tegas perlu diambil..

“Hendak kata jejantas ini uzur atau menakutkan juga tidak betul kerana malam hari, kami semua (pemandu teksi) akan ada sehingga jam 1 pagi, tidak pernah pula berlaku insiden ragut meragut atau perkara lain. Lampu sentiasa terpasang waktu malam,” katanya.

MGF20052019_TINJAUAN JEJANTAS_10
Temubual bersama pejalan kaki, Jivarani VT Saunthara Rajan mengenai pejalan kaki tidak menggunakan jejantas yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

Pembantu klinik, Jivarani VT Saunthara Rajan, 36, yang tinggal dan bekerja di kawasan itu berkata, ia merupakan pandangan biasa bagi beliau melihat orang ramai tidak menggunakan jejantas untuk melintas jalan.

“Memang takut tengok, tapi memang ramai suka lintas jalan sahaja setahu saya. Saya sentiasa gunakan jejantas lambat atau cepat tetapi tidak semua berfikiran seperti ini. Sini khasnya memang laju dan kawasan sibuk.

“Jejantas ini tidak ada masalah mungkin juga ada tangga banyak, jadi ada yang suka jalan kaki sahaja. Saya minta kepada semua supaya gunakan jejantas ini, lebih selamat dan nyawa kita sangat penting,” ujarnya.

MGF20052019_TINJAUAN JEJANTAS_11
Temubual bersama pekerja, Tan Chuin Hui mengenai pejalan kaki tidak menggunakan jejantas yang disediakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Stesen LRT Ampang, Jalan Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

Dalam pada itu, mekanik yang bengkelnya terletak di seberang jalan, Tan Chui Hui, 26, berkata, susah untuk mendidik umum menggunakan jejantas dan pandangan itu sungguh biasa, semua lebih suka jalan kaki kerana ia dekat serta jimatkan masa.

“Malas. Mungkin lebih senang lintas dari naik jejantas mungkin selamat tapi tinggi dan jauh. Ini lebih senanglah,” katanya. –MalaysiaGazette