Home Nasional Sampai demam Marsyila Zakaria

Sampai demam Marsyila Zakaria

Temubual bersama seorang ibu yang mempunayi 6 orang anak, Marsyila Zakaria mengenai kesempitan hidup mereka menjelang sambutan Aidilfitri di PPR Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Keperitan hidup Marsyila Zakaria bersama enam orang anaknya di PPR Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan nyata membuka mata ramai pihak.

Hasil pendedahan MalaysiaGazette tentang kehidupan Marsyila yang terpaksa menghidang nasi berlaukkan garam selama tiga hari kepada anak-anaknya membuatkan pelbagai pihak terus tampil memberikan sumbangan.

Menurut beliau, dirinya terharu dengan sumbangan tidak putus-putus oleh masyarakat malah amat bersyukur akan keprihatinan yang diberikan.

Namun akibat daripada itu, beliau dan anak-anaknya dilanda demam kerana tidak cukup rehat ekoran kunjungan tidak putus-putus daripada penderma.

“Syila demam sampai menggigil. Semalam dah pergi klinik ambil ubat.

“Tetamu datang tak putus-putus sampai jam 3-4 pagi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bagaimanapun beliau amat berterima kasih dengan sumbangan yang dihulurkan dan mengakui bahawa sememangnya rakyat Malaysia amat prihatin dengan keperitan hidupnya sekeluarga.

Kisah keperitan suri rumah berusia 35 tahun itu bersama enam anaknya mula mendapat perhatian ramai apabila laporan mengenai makan nasi berlaukkan garam tersebar. -MalaysiaGazette