Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Aziz berkata, pelajar di sekolah rendah khususnya yang beragama Islam masih kecil, justeru fokus kepada pemantapan Islam, dari segi akidah dan tauhid perlu dibuat terlebih dahulu.
“Bagi pelajar yang masih kecil perlu didedahkan kepada asas fardu ain…Allah SWT yang maha agung…Dia yang mencipta, Dia yang memberi rezeki. Pendedahan kepada agama lain sebagai satu cara untuk kehidupan harmoni dalam negara yang majmuk lebih sesuai di peringkat sekolah menengah atau institut pengajian tinggi.
“(Pada peringkat sekolah menengah) pelajar faham mengenai Islam namun di peringkat sekolah rendah adalah tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Colek dan Sembang Santai di sini malam tadi.
Pada Sabtu lepas, Presiden MBM, Jufitri Joha dilaporkan berkata, subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.
Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tidak mempersetujui cadangan MBM, bagaimanapun kementerian konsisten dengan cadangan sebelum ini yang mahukan setiap sekolah dan universiti lebih kerap mengadakan program rentas budaya. – Bernama