Home Seni Hidup Ubati kekecewaan dengan kerja – Atikah

Ubati kekecewaan dengan kerja – Atikah

Atikah Suhaimi

KUALA LUMPUR – Hasrat mendirikan rumah tangga pada Mac lalu tidak kesampaian, kini pelakon muda jelita Atikah Suhaime menumpukan perhatian kepada kerjayanya sebagai anak seni.

Jadual yang semakin padat digunakan sebaik-baiknya untuk Atikah, 28 mengubati kekecewaannya tidak dapat bergelar isteri kepada Awi Rafael.

“Alhamdulillah… setakat ni saya memang terima banyak tawaran berlakon. Selain di Malaysia, saya juga kini turut aktif berlakon di Indonesia.

“Sejujurnya, ini adalah masa yang sangat sibuk buat diri saya. Rasanya kalau tidak sesibuk sekarang, mungkin saya akan terfikirkan perkara lalu yang membuatkan saya rasa kecewa,” katanya dipetik sebagai berkata.

Meski tidak lagi mempunyai hubungan namun Atikah mendedahkan masih saling berhubung dengan Awi namn sebagai sahabat.

“Kalau boleh saya tidak mahu putuskan ikatan persahabatan kami. Saya anggap apa yang berlaku itu memang tiada jodoh kami berdua,”tambahnya.

17 Mac yang lalu merupakan tarikh sepatutnya Atikah dan Awi mendirikan rumah tangga. – MalaysiaGazette