KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 deretan kedai di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan kedai-kedai tersebut yang didirikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba di kawasan tersebut pada pukul 1.44 pagi selepas menerima panggilan pada pukul 1.35 pagi.
Serentak itu, Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah dengan 48 anggota telah ke tempat kejadian.
“Apabila sampai di lokasi kejadian pada jam 1.44 didapati kebakaran melibatkan gerai dianggarkan sebanyak 30 unit gerai yang terbakar.
“Kebakaran berkeluasan 2,000 kaki persegi dan kemusnahan gerai 100 peratus, kata, jurucakap bomba, L. Logeswaran.
Menurutnya, anggota bomba mengambil masa 20 minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.
Kerja-kerja pemadaman overhaul sedang dijalankan. Pasukan
Bomba sukarela turut terlibat dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi – MalaysiaGazette