KUALA LUMPUR – Pelawaan bekas Perdana Menteri untuk berdebat nampaknya diterima oleh Lim Kit Siang.
Datuk Seri Najib Razak berkata, veteran DAP itu juga mencadangkan sendiri topik untuk diperdebatkan.
“Dia (Kit Siang) cadangkan topik debat seperti berikut:
“How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity.”
“Saya terima tajuk disarankannya tetapi seadilnya dan semoleknya kita perlu bincangkan topik-topik lain semasa debat ini,” katanya dalam media sosialnya hari ini.
Malah Najib mencadangkan debat berkenaan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri dan perlu disiarkan secara langsung.
“Pegawai saya akan berhubung dengan pegawai Kit Siang untuk menganjurkan debat ini,” katanya.
Bagaimanapun, selepas itu, Najib mahu satu syarat iaitu tidak mahu Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dilantik menjadi moderator.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: