PARIS – Kylian Mbappe tidak berhijrah ke mana-mana dan kekal di Paris Saint Germain (PSG).
Kelab Ligue 1 dalam satu kenyataan mengesahkan kelab itu tidak akan menjual Mbappe pada musim ini.
Mbappe sebelum ini mengeluarkan komen mengenai masa depannya dalam akaun Twitter berbunyi: “Tanggungjawab terbaik bersama PSG atau projek baharu”.
Susulan komen bintang Perancis itu, PSG memuat naik kenyataan dalam twitter menyatakan Mbappe tidak akan ke mana-mana.
“Sejarah gabungan pemain berkenaan (Mbappe) dan kelab ini akan menyambung musim hadapan”.
PSG ketika ini berusaha menafikan sebarang spekulasi yang mengaitkan pemainnya selepas desas desus bahawa pemain itu diintai Real Madrid.
Zidane dikatakan mahu merekrut pemain muda itu ke Santiago Bernabeu dengan nilai 246 juta pound.
Mbappe mencipta satu sejarah apabila muncul sebagai pemain Pertama Perancis yang menjaringkan 32 gol dalam Ligue 1 selepas pemain pemain Nantes, Philippe Gondet menyumbat 36 gol pada musim 1965/66 (36 gol) dan Herve’ Revelli bersama St Etienne (31 gol) pada musim 1966/67. – MalaysiaGazette