KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati peristiwa Nuzul al-Quran.
Perdana Menteri menerusi kiriman di laman Twitternya sempena Nuzul al-Quran yang disambut esok turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran.
“Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan dari-Nya,” katanya.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.- BERNAMA