Home Nasional AIU dahului senarai 12 universiti tempatan tawar biasiswa pelajar Palestin

AIU dahului senarai 12 universiti tempatan tawar biasiswa pelajar Palestin

KPM

KUALA LUMPUR – Universiti Antarabangsa AlBukhary (AIU) mendahului senarai 12 universiti tempatan yang menawarkan biasiswa pelajar Palestin untuk mengikuti pengajian di Malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya berkata, sebanyak 140 biasiswa dengan jumlah keseluruhan RM129,021,330 juta ditawarkan oleh 12 universiti tempatan.

IAU menawarkan 25 biasiswa bernilai RM3.5 juta untuk anak Palastin mengikuti pengajian di Malaysia.

Management & Science University (MSU) pula menawarkan 27 biasiswa dengan jumlah bernilai RM1.1 juta kepada pelajar Palastin diikuti Universiti Mahsa menyediakan 20 buah biasiswa berjumlah RM1.094 juta untuk pemuda Palastin di institusinya.

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIP) pula menyediakan tawaran pengajian dengan 15 biasiswa bernilai RM1.020 juta.

City University pula menyediakan 26 biasiswa berjumlah RM1 juta, Universiti Multimedia (MMU) 6 biasiswa bernilai RM1 juta, UCSI University pula menyediakan 5 biasiswa (RM719,433), Universiti Teknologi Petronas 6 biasiswa bernilai RM681,500, Universiti Tenaga Nasional 3 biasiswa bernilai RM575,000.

Tidak ketinggalan Sunway University yang menyediakan tiga biasiswa bernilai RM500,000, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyediakan 2 biasiswa bernilai RM 158,400 dan akhirnya Universiti Awam iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) pula menawarkan 2 biasiswa bernilai RM128,000.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPM, Datin Paduka Ir.Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, adalah menjadi kelaziman kepada universiti tempatan untuk menawarkan biasiswa setiap tahun sama ada kepada pelajar Malaysia atau pelajar antarabangsa.

Katanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja universiti universiti swasta di negara ini telah menawarkan biasiswa bernilai lebih RM100 juta kepada pelajar-pelajar tempatan.

“Sebagai contoh AIU selaku universiti swasta di negara ini berlandaskan konsep ‘philanthropy’ yang menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara yang dilanda peperangan agar mereka dapat pulang dan membangunkan semula negara masing-masing.

“Usaha murni ini juga telah menarik minat universiti-universiti swasta yang lain telah dipanjangkan kepada pelajar Palastin.

“Ia menunjukkan komitmen dan keprihatinan universiti-universiti terbabit dalam meningkatkan kecemerlangan akademik bukan hanya di universiti masing-masing, tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak Palastin berpotensi dari negara yang sedang dilanda peperangan untuk mereka mengembangkan ilmu di menara gading,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Tambah beliau kesudian kesemua universiti berkenaan menawarkan biasiswa kepada anak anak Palastin pada 22 Mei 2019 bersempena Ramadan yang mulia merupakan inisiatif khas melambangkan solidariti warga pendidikan tinggi dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palastin yang tertindas.

“Menyedari dana untuk penajaan itu adalah dari sumber kewangan universiti masing-masing, JPT sekali lahgi menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada kesemua 12 universiti tempatan itu atas sumbangan besar nilainya dalam landskap pendidikan tinggi negara ini,” tegasnya sambil meminta universiti lain mencontohi semangat tersebut.- MalaysiaGazette