Home Nasional Tiga stesen LRT ditutup sementara

Tiga stesen LRT ditutup sementara

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri Azman Nasrudin berkata ketika ini, rakyat di negeri ini lebih suka menggunakan kenderaan persendirian berikutan pengangkutan awam yang ditawarkan di Kedah tidak efisien.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling yang melibatkan tiga stesen pada 9, 16 dan 23 Jun ini bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf landasan dijalankan.

Stesen-stesen tersebut ialah Stesen LRT Bandaraya, LRT Sultan Ismail dan Stesen LRT PWTC yang akan ditutup sementara dari jam 6 pagi hingga 9 pagi.

Stesen-stesen ini akan memulakan perkhidmatan seperti biasa pada jam 9 pagi

Sepanjang tempoh kerja naik taraf dijalankan, tren dari Ampang dan Putra Heights akan berakhir di Stesen LRT Bandaraya, manakala tren dari Sentul Timur akan berakhir di Stesen LRT PWTC.

Perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan di antara Stesen LRT Bandaraya dan Stesen LRT PWTC dengan kekerapan 15 minit.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keadaan trafik.

Kemudahan ini bagi memastikan pengguna yang terlibat dapat meneruskan perjalanan dengan lancar dan selesa.

Dengan itu Prasarana Malaysia Bhd. menasihatkan pengguna LRT yang ingin ke stesen LRT Sultan Ismail untuk mendapatkan perkhidmatan bas percuma di Stesen LRT Bandaraya atau Stesen LRT PWTC.

Dalam pada itu, sebahagian daripada Jalan Merpati yang terletak berdekatan stesen LRT Sultan Ismail akan ditutup pada 9, 16 dan 20 Jun dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi sebagai langkah keselamatan berikutan terdapat peralatan berat digunakan untuk kerja naik taraf.

Penduduk sekitar Jalan Merpati dinasihatkan untuk memarkir kenderaan mereka di kawasan letak kereta awam yang terletak bertentangan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Kwok.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Rapid KL Laluan Monorel beroperasi seperti biasa.

“Makluman mengenai penutupan sementara servis turut dibuat menerusi rangkaian media sosial Rapid KL, hebahan menerusi siaraya di stesen dan di dalam tren dan notis yang ditampal di stesen.

“Kakitangan tambahan akan ditempatkan di stesen pada hari berkenaan bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan bas perantara yang disediakan,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang www.myrapid.com.my atau berinteraksi dengan kami menerusi Facebook dan Twitter @Myrapid.- MalaysiaGazette