Home Seni Hidup UiTM lancar baktisiswa masyarakat Cina Muslim Melaka

UiTM lancar baktisiswa masyarakat Cina Muslim Melaka

Seramai 32 orang sukarelawan dari kalangan pelajar dari Kelas Kokurikulum Khidmat Komuniti UiTM cawangan Melaka mendadakan program bantuan amal bersama komuniti Cina Muslim di Masjid Cina Negeri Melaka.
Seramai 32 orang sukarelawan dari kalangan pelajar dari Kelas Kokurikulum Khidmat Komuniti UiTM cawangan Melaka mendadakan program bantuan amal bersama komuniti Cina Muslim di Masjid Cina Negeri Melaka.

MELAKA – Sempena bulan Ramadan, seramai 32 orang sukarelawan dalam kalangan penuntut Kokurikulum Khidmat Komuniti UiTM cawangan Melaka dengan kerjasama badan kemanusiaan ‘Suspended Meal’ mengadakan program bantuan amal bersama komuniti Cina Muslim di Masjid Cina Melaka.

Penasihat program dan pengasas Suspended Meal, Shafezah Abdul Wahab berkata, program ini untuk mendekatkan masyarakat Islam tanpa mengira bangsa dan kedudukan, sekali gus dapat memberi kesedaran kepada para sukarelawan mengenai kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.

Sumbangan wang tunai dan keperluan harian (food basket) seperti beras, minyak masak, tepung, gula, kopi, teh, minuman kordial dan ketupat segera disampaikan kepada lebih 20 keluarga Cina Muslim ini dalam kategori asnaf.

Selain itu, sumbangan duit raya juga turut diberikan kepada lebih 30 kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti berkonsepkan taddabur dan pengisian kerohanian serta motivasi turut dijalankan sepanjang program selain berkesempatan solat berjemaah bersama- sama mereka sepanjang hari sehingga lah solat tarawikh.

Jamuan juadah berbuka puasa berkonsepkan makan dulang disediakan pihak Masjid Cina Negeri Melaka dan UiTM kepada semua Jemaah yang hadir, selain jamuan moreh.

IMG_7970

Mengulas program itu, Shafezah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi berkata, sukarelawan telah diberi pendedahan untuk melaksanakan projek komuniti ini bagi membantu masyarakat yang memerlukan, di samping dapat menerapkan kemahiran insaniah di dalam diri mereka.

Wakil komuniti Cina Muslim Melaka, Sabaruddin Beck Abdullah berkata, program keagamaan yang melibatkan golongan mualaf seperti mereka membuatkan golongan itu berasa tidak disishkan mahupun sebarang diskriminasi.

“Memilih Islam adalah pilihan kami dan menjadi sebahagian daripada komuniti Islam di sini adalah harapan kami”, katanya.

Sementara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Ahmad Khairuman Hasim berkata, program kemasyarakatan yang disertai sukarelawan belia khusunya para penuntut itu adalah satu inisiatif baik untuk mendekatkan mereka dengan persekitaran.

“Saya berharap projek kemanusiaan seperti ini yang melibatkan masyarakat dan industri dapat diteruskan pada masa akan datang dan ianya benar-benar memberi satu pengalaman berguna kepada sukarelawan” katanya lagi. -MalaysiaGazette.