• Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Cari
Tuesday, May 20, 2025
  • Sign In
  • ms MS
    • ms MS
    • en EN
MalaysiaGazette
  • Utama
    • Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

      OKU culik kanak-kanak dipenjara dua tahun

      Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

      Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

      Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir – MB

  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Home Nasional Logo baharu TMM 2020 dilancar Jun ini
  • Nasional

Logo baharu TMM 2020 dilancar Jun ini

By
Bernama
-
24 May 2019
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof

CYBERJAYA – Logo baharu kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) akan diketahui bulan depan (Jun).

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata logo ciptaan rakyat Malaysia itu akan dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019 di Muzium Diraja Kuala Lumpur pada 21-22 Jun.

Musa berkata logo itu dipilih daripada puluhan peserta yang yang menyertai pertandingan mencipta logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang diadakan dari 11 Mac hingga 24 Mac lepas.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terpaksa mengadakan pertandingan tersebut selepas logo asal TMM 2020 yang dilancarkan di Chiang Mai, Thailand, Januari lalu mendapat kritikan dan pandangan negatif pelbagai pihak.

“Logo baharu ini akan menyemarakkan lagi kempen mempromosi TMM 2020 yang telah dimulakan sejak awal tahun ini,” kata Musa pada sesi sembang santai bersama pengamal media di sini semalam.

Dalam pada itu, Musa berkata Tourism Malaysia akan meningkatkan kerjasama dengan agensi media tempatan dalam usaha memperkasa dan mempergiatkan lagi prmosi kempen TMM 2020.

Beliau berkata media sebagai medium penyampaian berpengaruh perlu diberikan peranan seluasnya mempromosi TMM 2020 disamping usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan.

Musa berkata pihaknya akan menjadikan fasa liputan terbaik pernah dikecapi agensi itu hasil hubungan akrab bersama media ketika Kementerian Pelancongan diterajui oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1999 hingga 2004 sebagai panduan dalam mengembalikan semula jalinan mesra sedemikian.

“Ketika itu, media diberikan tempat dan peranan yang besar dalam mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan hasil hubungan baik yang terjalin antara kementerian dengan semua agensi berita.

“Saya harap era itu dapat diulang semula bagi membolehkan media terus bersama kami memberikan liputan yang positif terhadap sebarang aktiviti pelancongan, kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan,” katanya.

Musa berkata TMM 2020 adalah kempen kelima dianjurkan selepas 1990, 1994, 2007 dan 2014 yang menyasarkan kedatangan 30 juta pelancong.

— BERNAMA

Bernama
+ postsBio ⮌
    This author does not have any more posts
  • Tag
  • logo
  • Tahun Melawat Malaysia 2020
  • tmm2020

Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis

Nasional

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

Nasional

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

Nasional

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di lapan negeri hingga 20 Dis

Artikel Popular

MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa.
Hubungi Kami: [email protected] / [email protected]

BERITA TAMBAHAN

Laksana inisiatif tambah baik pergerakan di sempadan Malaysia-Singapura

5 March 2025

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

19 September 2024

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

19 September 2024

KATEGORI POPULAR

  • Nasional46035
  • Politik15953
  • Utama14299
  • MGNews12612
  • Ekonomi11568
  • Dunia9772
  • Foto Pilihan8604
  • Hubungi Kami
  • Webmail
© 2013-2022 MalaysiaGazette, All Rights Reserved