LONDON – Empat ahli Parti Konservatif mengesahkan hasrat untuk merebut jawatan ketua Parti Konservatif ekoran pengumuman Theresa May yang membuat keputusan untuk meletak jawatan pada bulan depan.
Keempat-empat mereka adalah Setiausaha Luar Negeri, Jeremy Hunt, Setiausaha Pembangunan Antarabangsa, Rory Stewart, Bekas Setiausaha Luar, Boris Johnson dan Bekas Setiausaha Kerja dan Pencen, Esther McVey.
Perebutan tersebut bukan sahaja bertujuan memilih ketua parti baharu namun juga calon Perdana Menteri Britain.
Ahli Parlimen Britain mempunyai masa sehingga 10 Jun untuk meletakkan nama sebagai calon dan pencalonan mereka haruslah disokong oleh dua ahli Parlimen lain.
Dua calon akhir akan berhadapan undian 125,000 anggota Parti Konservatif pada Julai nanti bagi memilih pemenang dan ia merupakan kali pertama parti tersebut akan melantik perdana menteri secara terus.
Semalam, May mengumumkan akan meletak jawatan sebagai ketua Parti Konservatif pada 7 Jun depan namun akan kekal sebagai Perdana Menteri Britain sementara menantikan penggantinya dipilih. – MalaysiaGazette