KUALA LUMPUR – Dalam diam-diam, penyanyi rock terkenal, Ella dan suami membawa puterinya, Yang Az Zahra yang berusia dua tahun menunaikan umrah pada awal Ramadan lalu.
Sebelum ini, suaminya, Kapten Azhar Ghazali merancang untuk berkongsi gambar dan cerita mengenai anak mereka pada sambutan ulang tahun perkahwinan Julai nanti.
Menerusi Instagram miliknya, Ella berkongsi gambar-gambar rombongan Ella bersama-sama suami dan anak di Mekah.
“Kami berangkat pada 4 Mei, masuk ke Madinah dulu dan kemudian barulah, ke Mekah. Alhamdulillah, ini kali kedua saya bersama isteri buat umrah. Kali pertama dulu waktu memilih untuk berbulan madu dan buat umrah . Kali ini, kami ke sana lagi dengan membawa sama anak juga pembantu rumah.
“Syukur, kami dapat buat umrah sebanyak dua kali. Selain bertawaf dalam umrah kami buat tawaf-tawaf sunat . Selain berjalan kaki bertawaf mengelilingi Kaabah , kali ini ada juga pengalaman bertawaf menaiki skuter dengan anak. Di sana ada juga skuter disediakan dalam kawasan berbumbung Masjidil Haram untuk jemaah.
“Insya-Allah tahun depan atau tiga tahun lagi, rancangannya nak mengerjakan rukun Islam ke lima ( haji) pula,” cerita Kapten Azhar kepada sebuah laman portal. – MalaysiaGazette