Sunday, December 1, 2024
Home Ekonomi Sejagat Global sasar jadi syarikat korporat

Sejagat Global sasar jadi syarikat korporat

Mohd. Zahid Mohd. Zaki. (kiri) dan Abdullah Salleh Zubir merupakan dua teraju utama Sejagat Global.

KUALA LUMPUR – Bagi pengguna jalan raya, pasti akan perasaan papan iklan gergasi produk Sejagat Global Sdn. Bhd. (Sejagat Global) yang tersergam indah di ibu kota atau pun sepanjang raya di negara ini.

Yang uniknya, papan iklan itu tidak memaparkan wajah pengasas produk penjagaan kecantikan dan kesihatan itu seperti kebanyakan papan iklan gergasi lain.

Sekali pandang, mungkin ada yang membayangkan pengasas dan pemilik Sejagat Global itu adalah wanita.

Namun telahan itu silap kerana kaum lelaki yangmengemudikan empayar syarikat itu sejak lapan tahun lalu sehingga menjadi nama besar hari ini.

Dua rakan kampung iaitu Mohd. Zahid Mohd. Zaki. dan Abdullah Salleh Zubir kini akrab seperti dua orang adik beradik.

Siapa sangka, pertemuan mereka dalam satu majlis ilmu di sebuah masjid di dalam bulan Ramadan lapan tahun lalu membuka jalan mereka menerajui Sejagat Global.

QIU_4337 (1)
Sejagat Global baru-baru ini meraika pelajar tahfiz dari­pada Pusat Tahfiz Pancang Bedena, Sungai Besar, anak yatim, asnaf dan juga warga emas.

Rahsia mereka boleh bertahan hingga hari ini kerana memiliki persefahaman, sentiasa bantu membantu dan berbincang secara profesional mengenai pe­rancangan dan hala tuju syarikat.

Malah lebih menarik usaha dua rakan niaga ini membantu membangunkan usahawan berjaya dalam kalangan para pengedarnya sehingga ada yang bergelar jutawan.

Menurut Mohd. Zahid, mereka menceburi bidang perniagaan pada tahun 2013 kerana ketika itu tidak banyak persaingan dihadapi.

Memilih produk penjagaan kesihatan khusus untuk wanita, nama Sejagat Global tiba-tiba melonjak naik hingga membolehkan syarikat meraih pendapatan besar.

Katanya, jualan produk syarikat berjaya mencatat sehinga RM1.5 juta pada peringkat hasil menguasai segmen atas talian.

“Sebelum ini saya pernah gagal dalam perniagaan melalui pengeluaran lima produk sebelum menubuhkan Sejagat Global dengan kerugiaan lebih RM200,000.

“Produk keenam baru menjadi yang dikhususkan untuk penjagaan kesihatan dalam wanita menjadi tular di laman sosial.gaan kesihatan dalaman wanita menjadi tular.

“Sehingga kini, kami memiliki kira-kira 80 jenis produk yang dapat memenuhi dan membantu menyelesaikan permasalahan kesihatan dan penjagaan kecantikan pelanggan daripada pelbagai peringkat umur,” katanya.

QIU_4242
Selain menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di Sungai Besar, dua pemilik Sejagat Global mahu memberi balik kepada komuniti dengan menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Sejagat Global baru-baru ini meraika pelajar tahfiz dari­pada Pusat Tahfiz Pancang Bedena, Sungai Besar, anak yatim, asnaf dan juga warga emas di daerah tersebut.

Sementara itu, Mohd. Zahid yang meme­gang jawatan pengarah Sejagat Global memberitahu kelebihan syarikat dalam industri tersebut adalah kerana ia memiliki dua buah kilang pengeluaran peralatan asal (OEM) di Sungai Besar dengan nilai kos lebih daripada RM2.5 juta.

Kilang pertama dibuka pada tahun 2016 dan pada suku kedua tahun lalu, sebuah lagi kilang OEM dibuka untuk memenuhi kapasti pengeluaran dan permintaan pelanggan yang sema­kin bertambah.

Tambah beliau, syarikat kini terlibat dalam pengeluaran produk penjagaan kesihatan dan suplemen, kosmetik dan produk herba tradisional dengan pertumbuhan jualan antara 20 pe­ratus hingga 30 peratus setahun.

“Sebanyak 60 peratus daripada jualan syarikat disumbangkan daripada segmen produk penjagaan kesihatan dan suplemen,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Abdullah Saleh yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sejagat Global optimis untuk mengubah syarikat bertaraf industri kecil sederhana yang memiliki kira-kira 250 kakitangan itu menjadi sebuah syarikat korporat yang berjaya dalam industri pengeluaran produk bumiputera bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Menurut beliau, meskipun sentiasa berada di belakang tabir kerana tidak mahu membina jenama berdasarkan populariti diri sendiri tetapi usaha mereka mengukuhkan jenama dengan pengeluaran produk berkualiti tinggi ternyata menjadi faktor penguat kepada kejayaan empayar perniagaan Sejagat Global.

“Kami mahu jenama syarikat lebih popular daripada populariti diri kami sebagai pengasas syarikat, kerana melalui kekuatan jenama ia akan terus bertahan lama dan bakal diingati oleh masyarakat,” jelasnya. – MalaysiaGazette