Menjelang Hari Raya Aidilfitri, pelbagai persiapan dibuat antaranya menempah baju, membeli biskut raya, menukar dekorasi rumah dan lain-lain. Tidak ketinggalan, penampilan bagi kaum lelaki turut menjadi perkara utama bagi melengkapi persediaan menjelang hari raya.
Terletak di Bandar Sri Damansara, beroperasi sejak setahun yang lalu ‘Barber Orang Lama’ menjadi pilihan orang ramai, penduduk setempat dan sudah mempunyai pelanggan yang tetap bagi mendapatkan perkhidmatan memotong rambut yang berkualiti dan seperti yang diinginkan.
‘Barber Orang Lama’ dibuka untuk semua lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. Menawarkan perkhidmatan yang profesional, pelanggan yakin dengan perkhidmatan ‘Barber Orang Lama’ dan pelbagai permintaaan gaya potongan rambut sempena hari raya Aidilfitri yang akan datang.
Bagi memudahkan pelanggan untuk berkunjung, sepanjang bulan Ramadan ini, waktu operasi Barber Orang Lama bermula dari 12 tengah hari sehingga 6.30 petang dan akan dibuka semula pada pukul 8.30 malam sehingga 12 tengah malam.
Barber Orang Lama boleh dihubungi di talian 017-3667775