PASIR MAS – Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan sama ada kerjasama secara rasmi antara Pas dan UMNO menerusi piagam yang dikatakan akan ditandatangani selepas Hari Raya Aidilfitri nanti adalah untuk mencari kuasa politik semata-mata.
“Kami menunggu pengumuman piagam itu sebelum membuat ulasan selanjutnya, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa.
Bagaimanapun beliau yakin kerjasama Pas dan UMNO itu tidak akan kekal lama dan mampu membentuk pasukan pembangkang yang kuat kepada Pakatan Harapan.
“Tidak semestinya piagam itu (apabila ditandatangani) akan mengukuhkan hubungan antara kedua-kedua parti walaupun secara hakikat perkara itu adalah baik,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Asnaf Rantau Panjang di Kilang LLY Loyalty Logistics Sdn Bhd, Rantau Panjang, di sini, Sabtu malam.
Mengenai kilang LLY Loyalty Logistics, Husam menyifatkannya sebagai satu pembangunan baharu bagi meningkatkan ekonomi Kelantan berikutan kilang terbabit akan memainkan peranan sebagai tempat penyimpanan barangan import dan eksport.
“Ia boleh mengalakkan perdagangan laut antara Kelantan dengan negara-negara jiran dan mudahkan pengimport dan pengeksport yang belum ada kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk berurusan.
“Dengan adanya gudang ini kemajuan negeri Kelantan dapat dipertingkatkan dan dengan cara negeri ini juga boleh mengeksport dan mengimport barangan dengan kos yang lebih jimat,” katanya.
Kilang itu dibina oleh syarikat swasta pada tahun 2016 dan dijangka akan memulakan operasi pada Jun depan dan berperanan sebagai tempat menyimpan barangan dari pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pulau Duyung Terengganu. – Bernama
PAN sendiri boneka dap