KUALA LUMPUR – AmBank Research mengekalkan sasaran inflasi setahun penuh pada satu peratus dan yakin Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar selepas melaksanakan pengurangan pada awal Mei.
Dalam nota kajiannya, ia berkata, inflasi teras dijangkakan tidak berubah dalam jangka terdekat, disokong oleh sentimen domestik yang lemah serta harga minyak mentah dunia yang turun naik.
“Kami menjangkakan sebarang peningkatan dalam inflasi disebabkan oleh kesan asas yang rendah ekoran pelepasan cukai tiga bulan pada 2018, selain ringgit yang lemah berbanding dolar US, yang mencatat kerugian setakat ini tahun ini pada paras 1.3 peratus hingga 4.19,” katanya.
AmBank Research berkata, inflasi teras yang dibaca pada 0.2 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah sejak Mac, namun tidak memenuhi unjuran pasaran sebanyak 0.4 peratus.
“Bagaimanapun, tekanan inflasi masih kekal di paras negatif, dengan purata empat bulan pertama pada -0.2 peratus, manakala inflasi teras pada April meningkat pada kadar yang sama pada Mac, pada 0.5 peratus tahun ke tahun,” kajian firma penyelidikan itu. – MalaysiaGazette