SEPANG – Di sebalik penetapan tarikh sebutan semula kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin pada 31 Julai depan, tidak kelihatan langsung ahli keluarganya yang hadir di perkarangan Mahkamah Majistret Sepang hari ini.
Hanya kelihatan 30 pengamal media dan wartawan yang hadir bagi mendengar kes pendakwaan pembunuhan itu.
Turut kelihatan ahli keluarga dan rakan kedua-dua suspek lelaki warga Pakistan dan wanita Nigeria yang dilepaskan dengan bon jaminan.
Malah kedua-duanya akan menjadi saksi kes pembunuhan itu.
Kelihatan isteri Rasool Ghulam, 38 yang membayar wang jaminan sebanyak RM3,000 sementara wanita warga Nigeria, Cletus Halen Eboh, 35, dibayar RM1,000 oleh rakannya.
Majistret A. Akhiruddin Boy@Acho turut menetapkan penjamin kedua-dua mereka membayar bon jaminan tambahan masing-masing RM10,000 sekiranya gagal hadir sebagai saksi kes. -MalaysiaGazette