Home Nasional TNB digesa jawab isu rungutan bayaran bil tinggi

TNB digesa jawab isu rungutan bayaran bil tinggi

Datuk Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa supaya memberi penjelasan berhubung rungutan orang ramai terhadap peningkatan bil yang dikatakan mendadak ketika ini.

Dalam satu kenyataan, Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Rafii berkata, pihaknya menerima banyak aduan dan keluhan daripada pengguna ekoran bayaran bil elektrik mereka meningkat.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa tidak puas hati mereka itu di laman-laman sosial seperti Facebook.

“Ada yang sudah melaporkan kepada hotline, namun rakyat terus didalam teka teki, tidak ada pengumuman oleh TNB.

“Sudah masa Pengurusan TNB menjawab kepada pengguna berkenaan kenaikan ini. Sekira ada ke khilafan dan lewat bil, TNB perlu menjawab kepada pengguna,” katanya.

Razlan menambah, rakyat akan terus merasa tertipu sekiranya TNB terus membisu dalam hal tersebut.

Ujarnya, dalam situasi rakyat terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini adalah tidak salah sekiranya mereka mahukan jawapan terhadap perkara berkenaan.

Ia ditambah pula dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang hampir tiba dan semua itu memerlukan perbelanjaan sebagai persiapan.

“Rakyat berhak tahu sekira ada kenaikkan oleh Kerajaan PH,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Lebih 17,000 bantah kenaikan kadar elektrik 2019 mengikut kiraan TNB