Home Seni Hidup Jual kek untuk cukupkan duit kahwin – Ben Ali

Jual kek untuk cukupkan duit kahwin – Ben Ali

Pelakon dan pengasas Absolute Choc, Nadiyah Shahab (kiri) dan Ben Ali (kanan) menunjukkan produk keluaran Absolute Choc di APW Bangsar, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 28 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Bermula dengan niat mendirikan rumah tangga, mencukupkan perbelanjaan perkahwinan maka selebriti Ben Ali menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk mencuba nasib.

Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 27, mengaku pada masa itu dia tidak mampu untuk menampung semua kos perbelanjaan apatah lagi dirinya tidak begitu aktif dalam karier seni.

Justeru itu Ben Ali dan pasangannya Nadyah Shahab  saling bekerjasama mencari wang perbelanjaan perkahwinan dengan cara berniaga kek coklat.

MGF28052019_ABSOLUTE CHOC57
Produk keluaran Absolute Choc di APW Bangsar, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 28 MEI 2019.

Niat untuk bersatu nampaknya dipermudahkan apabila dengan tidak disangka-sangka perniagaan kek coklat yang dikenali Absolut Chocolat, diusahakan bersama mendapat sambutan sehingga kini.

“Sebenarnya perniagaan ini kami mulakan sebab nak kahwin, lepas itu saya dipujuk berkali-kali oleh Nadyah untuk berniaga kek ini. Pada mulanya saya menolak tetapi akhirnya saya bersetuju sebab kena juga cari duit untuk kahwin.

“Saya tidak menyangka sebenarnya sehingga kini kek kami mendapat sambutan dan sangat menggembirakan kami,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Kini mereka bukan sahaja menjual kek malah pasangan itu bakal mengeluarkan minuman dikenali sebagai absolut brew dengan hasrat, ianya menjadi setaraf dengan minuman bubble yang kini menjadi trending sekarang.

Mereka berharap ia akan setaraf dengan produk antarabangsa yang beada dalam negara yang lain.

“Walaupun bukanlah kami satu-satunya usahawan tempatan yang akan jual air minuman jenis bubble ini nanti tetapi saya mahu ia setaraf dengan minuman bubble tea yang lain. Sebab sekarang sudah trending,” katanya lagi.

MGF28052019_ABSOLUTE CHOC56
Sesi fotografi bersama pelakon dan pengasas Absolute Choc, Nadiyah Shahab (kiri) dan Ben Ali (kanan) di APW Bangsar, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 28 MEI 2019.

Tidak menggunakan cara pengiklananan secara mainstream sebaliknya Ben Ali berkata, Absolut Chocolat hanya menumpukan Instagram sebagai cara pemasaran mereka.

“Jualan kek kami semasa Mood Republik baru-baru ini juga mencecah 13,000 selama tiga hari,” ujarnya.

Tidak hanya bertapak menerusi jualan di stesen-stesen minyak, kek-kek dan produk minuman mereka menurut Ben Ali akan memasuki lima buah kompleks membeli belah yang terkemuka iaitu Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Pavilion, Mid Valley, One Utama dan Sunway Pyramid September pada suku pertama tahun depan.

Ben Ali dan Nadyah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2018. -MalaysiaGazette