KUALA LUMPUR- Kedah terus mendapatkan khidmat pemain baharu bagi menguatkan lagi pasukan mereka bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Sebelum ini Kedah FA berjaya mendapatkan khidmat David Rowley yang menamatkan kontraknya dengan Kelantan.
Terbaharu skuad bimbingan Aidil Sharin itu mengumumkan kehadiran Edgar Bernhadt bagi menggantikan Anmar Al Mubaraki yang mengalami kecederaan.
Pengumum Bernhardt dibuat di laman rasmi Facebook Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah.
Ketiadaan Anmar jelas sekali dirasai oleh Kedah ketika tewas menentang JDT baru-baru ini.
Kedah sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah seperti Safiq Rahim namun ianya tidak menjadi kenyataan.
Benhardt merupakan pemain yang bermain untuk skuad kebangsaan Kyrgyzstan.
Dia yang berusia 33 tahun ini sebelum ini bermain untuk kelab Tychi FC di Liga Divisyen 2 Poland.
Bernhardt pernah bermain di Jerman ketika masih muda dan kemudian berhijrah ke beberapa kelab lain sepanjang kariernya.
Kedah kini berada di tangga ketiga saingan Liga Super, empat mata di belakang Pahang dan 17 mata di belakang pendahulu liga, JDT. – MalaysiaGazette