KUALA LUMPUR – Tokoh sejarah negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia pagi tadi.
Khoo, 82, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 10.45 pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsikan oleh isteri dan anak-anaknya dalam satu kenyataan ringkas.
Khay Kim yang merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018, meninggal dunia akibat masalah paru-paru.
“Dengan rasa cukup sedih, memaklumkan kematian suami dan ayah Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim kerana sakit,” kata Puan Sri Rathi Khoo dan anak-anaknya, Rubin Khoo dan Mavin.
Khoo dilahirkan di Kampar pada 28 Mac 1937.
Mendiang merupakan seorang ahli sejarahwan terkemuka di Malaysia, memperoleh kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. – MalaysiaGazette