UNITED KINGDOM – Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom (UK), Sajid Javid tampil sebagai ahli parlimen kesembilan memasuki pertandingan kepimpinan Parti Konservatif selepas Theresa May mengumumkan pengunduran sebagai Perdana Menteri.
Javid yang pernah menerajui pelbagai kementerian dalam kabinet sejak tahun 2010 berkata, wujud keperluan untuk mengembalikan kepercayaan, perpaduan dan peluang baharu di seluruh negara.
Pemimpin berusia 49 tahun itu menyatakan sokongan untuk meneruskan Brexit.
Javid merupakan pemimpin pertama berlatarbelakangkan etnik minoriti dilantik sebagai Setiausaha Dalam Negeri pada April 2018.
Anak kepada pemandu bas warga Pakistan dari Rochdale pernah menjadi Pengarah Urusan Bank Deutsche sebelum diangkat sebagai wakil rakyat peringkat Parlimen.
Mengumumkan niatnya untuk bertanding kepimpinan tertinggi itu, Javid dalam Twitternya berkata :” Saya bertanding untuk menjadi pemimpin @Konservatif dan Perdana Menteri negara terbaik kita.
“Kita perlu menanam semula kepercayaan perpaduan dan mewujudkan peluanhg baharu serata UK. Yang paling utama perli menyampaikan Brexit dan sertailah saya untuk merealisasikannya”.
Menteri Bandar John Glen yang juga wakil rakyat Parlimen Salisbury dan South Wiltshire mentweet sebagai menyatakan sokongan ekoran pengumuman tersebut. – MalaysiaGazette