ITALI – Gennaro Gattuso melepaskan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih AC Milan berkuatkuasa serta-merta.
Gattuso mengambil keputusan mengejut itu secara ‘perjanjian bersama’ selepas gagal membantu kelab Serie A itu mara ke kempen Liga Juara Juara Eropah musim 2019/2020.
Bekas bintang antarabangsa berusia 41 tahun itu pernah beraksi dalam 468 penampilan untuk kelab tersebut.
Gattuso masih berbaki kontrak dua tahun tetapi meletakkan jawatan ketua jurulatih.
“AC Milan mengucapkan setinggi penghargaan kepada Gattuso atas kepimpinan pada 18 bulan terakhir ini,” kata kelab itu dalam kenyataan rasmi di sini.
AC Milan menamatkan saingan Serie A musim ini di tangga kelima carta liga.
AC Milan yang pernah menjuarai Piala jelit kejuaraan Eropah sebanyak tujuh kali gagal beraksi dalam temasya itu sejak musim 2013/2014 lalu.- MalaysiaGazette