Home Ekonomi Harga Brent di bawah AS$70 setong

Harga Brent di bawah AS$70 setong

Gambar hiasan

LONDON – Harga minyak jatuh dengan ketara selepas China memberi isyarat akan menggunakan nadir bumi dalam perang perdagangannya dengan Amerika Syarikat.

Niaga depan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, berada pada AS$ 68.68 setong pada 1345 GMT, turun AS$ 1.43 dari penutupan sebelumnya, setelah mencecah sesi rendah AS$ 68.08.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$ 57.57 setong, turun AS$ 1.57, setelah mencecah paras terendah AS$ 57.14.

Kedua-dua kontrak itu susut bagi bulan pertama dalam tempoh lima bulan.

“China adalah pengeluar terbesar dunia bagi bahan mentah yang sangat berharga ini dan bersedia menggunakannya sebagai memanfaatkan perdagangannya dengan Washington,” kata PVM broker London.

Pengarah Urusan dan Pengurus Portfolio Tenaga dengan firma pelaburan Tortoise berkata, walaupun terdapat kebimbangan yang menyeret pasaran minyak, harga minyak mentah masih disokong dengan baik.

“Risiko bekalan kekal pada tahap tinggi dengan ketidakpastian geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, serta pergelutan di Venezuela,” kata James Mick. – MalaysiaGazette

+ posts