Home Ekonomi Kadar sewa di KL dijangka merosot

Kadar sewa di KL dijangka merosot

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – – Pasaran pejabat diterajui penyewa di Kuala Lumpur (KL) terus berada di bawah tekanan dengan lonjakan penawaran dan penggunaan ruang yang kurang, kata Knight Frank.

Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Korporat Knight Frank Malaysia Teh Young Khean berkata, sewaan di bandar raya KL dijangka menyusut di tengah-tengah persaingan sengit dan peningkatan kebimbangan ekonomi.

“Kami mengunjurkan sewa di pusat bandar turun sebanyak 0.3 peratus bagi tempoh 12 bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perunding hartanah global bebas itu dalam Indeks Sewaan Pejabat Utama Asia Pasifiknya bagi suku pertama 2019 menunjukkan indeks tersebut turun 0.4 peratus suku ke suku dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini kepada 142.6, walaupun ia kekal 6.2 peratus tahun ke tahun.

Daripada 20 bandar raya yang dipantau oleh indeks itu, 15 mencatatkan sama ada sewa yang stabil atau meningkat; dua bandar raya kurang daripada 17 dilaporkan dalam suku sebelumnya. – MalaysiaGazette