KAJANG – Syarikat agensi umrah dan ziarah, Al Murtajiz Travel Sdn. Bhd. (Al Murtajiz) yakin dapat membawa lebih 300 jemaah umrah bermula musim baharu pada September ini sehingga akhir tahun.
Pengarah Urusannya, Hasbullah Othman Hasbul berkata, jumlah itu adalah realistik memandangkan pihaknya akan memulakan operasi umrah secara rasmi buat pertama kali di bawah pengurusan baharu.
Menurut beliau, Al Murtajiz mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti dengan memperkenalkan konsep mesra umrah kepada para jemaah.
“Objektif Al Murtajiz adalah ingin mencetus pembaharuan kepada jemaah selaras dengan cogan kata atau tagline kami untuk menyucikan jiwa dan memantapkan akidah.
“Konsep mesra umrah yang diperkenalkan akan membolehkan jemaah menjadi mesra dan tidak segan silu bertanya apa sahaja permasalahan dan perasaan ragu-ragu kepada mutawif.
“Ini kerana kami mahu jemaah merasa selesa untuk melakukan ibadat kerana jika tidak kena dengan cara, ibadat akan menjadi berat kepada jemaah itu sendiri.
“Jadi ibadat umrah bersama Al Murtajiz ini akan menjadikan suasana umrah itu lebih relaks dan seronok tetapi mendapat input berguna,” katanya di sini baru-baru ini.
Al Murtajiz yang beroperasi sejak awal tahun 2014 diambil alih oleh Hasbullah sejak dua bulan lalu.
Beliau memiliki pengalaman sebagai pengurus di sebuah syarikat agensi umrah dan ziarah selain menjadi mutawif sejak 10 tahun lalu.
Syarikat itu kini menyediakan pakej umrah mampu milik serendah RM5,990 hingga RM7,490 mengikut musim dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines.
Mengulas lanjut, Hasbullah yang juga pendakwah bebas berkata, konsep penyucian jiwa dan memantapkan akidah akan menekankan kepada program qiamullai, majlis zikir dan tazkirah yang menjadi rutin di Tanah Suci.
Jelas beliau, apa lebih penting peranan mutawwif sebagai pembimbing yang boleh dianggap sebagai rakan baik kepada jemaah.
“Jemaah Al Murtajiz akan mendapat bimbingan sepenuh daripada mula sebelum berangkat sehingga pulang ke tanah air.
“Suci jiwa semuanya berpunca daripada hati kerana bila jemaah malu bertanya, kesan menunaikan umrah tidak akan menghasilkan perubahan diri yang positif,” katanya.
Hasbullah menambah, antara keistimewaan lain menunaikan umrah bersama Al Murtajiz kerana menginap di hotel bertaraf lima bintang.
Kata beliau di Mekah, jemaah hanya perlu berjalan kaki 150 meter ke Masjidil Haram kerana menginap di Makarem Aiyad dan 100 meter ke Masjid Nabawi dari Dar Al Naim di Madinah.
“Jadi jika ada pakej yang hotel dekat kenapa perlu pilih pakej hotel yang jauh.
“Namun paling utama jemaah perlu tahu kenapa mereka menunaikan umrah dan apakah maksud umrah itu,” katanya.
Sementara itu, selain pakej menunaikan umrah, Al Murtajiz turut menawarkan pakej mampu milik ke Acheh di Indonesia, Turki dan Uzbekistan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +6013 9464541 atau layari Facebook: Al Murtajiz Travel & Tours. – MalaysiaGazette