Home Nasional Bila MPAG keluar sampul raya kepala babi

Bila MPAG keluar sampul raya kepala babi

61429493_424363181739825_5977419063742169088_n

KUALA LUMPUR – Kecoh dakwaan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di Melaka mengedarkan sampul dan kad hari raya yang tertera gambar seolah-olah kepala babi.

Ia tular di media sosial dan netizen mengutuk sekiranya benar ia digunakan oleh MPAG.

Ia heboh kerana melibatkan sensitiviti umat Islam terutama berkaitan dengan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, MPAG dalam kenyataannya mengaku sampul dan kad raya itu miliknya tetapi ada kesilapan dalam cetakan.

“Pihak MPAG telah menolak cetakan tersebut namun ia telah diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. MPAG memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku,” ujarnya. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts