KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu orang ramai menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan cara yang lebih sihat.
Dalam satu ciapan, KKM menyenaraikan tiga cara bagi menyambut satu Syawal dan mengelarnya cara ‘lain maciam’ (lain macam).
“Isytihar rumah anda, rumah ibu bapa kawasan bebas asap rokok.
“Utamakan air kosong, kurangkan air manis dan berkarbonat. Malah hidang buah-buahan kepada tetamu, kurangkan kuih raya yang manis,” ciap KKM di Twitter.
‘Lain maciam’ sungguh tweet Kementerian Kesihatan kali ini dan ia mendapat perhatian para warganet.
Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Choe gesaan itu mudah diikuti kerana beliau hanya memberi biskut dan kuih raya yang sememangnya ‘kurang manis’.
“Jangan risau. Kuih raya tunjuk semua tidak ada rasa. hahahha,” komen beliau sambil ketawa.
Malah ada pengguna media sosial yang mencadangkan agar tuan rumah menyediakan kuih tanpa gula.
“Galakkan kuih tanpa gula,” komen Buggyman.
Ciapan itu mendapat 297 kicauan balas dan 370 sukaan di Twitter. -MalaysiaGazette