KUALA LUMPUR – Barisan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya merangkul sebanyak 13 pingat menerusi produk inovasi di International Invention & Innovation Exhibition (ITEX), anjuran kali ke-30.
ITEX yang merupakan anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada pada 2 hingga 4 Mei 2019 lalu.
Kesemua 13 pingat tersebut adalah empat pingat emas dan sembilan pingat perak yang mana kesemua produk yang dihantar oleh UTeM untuk dipertandingkan pada ITEX tersebut berjaya membawa pulang pingat dan sijil kejayaan.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, kemenangan yang diterima ini telah menyerlahkan lagi produk inovasi UTeM di peringkat nasional dan secara tidak langsung di persada dunia dalam arena penyelidikan dan inovasi.
Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib turut tidak ketinggalan dalam merakamkan ucapan tahniah kepada para penyelidik UTeM di atas pencapaian tersebut dan berhara agar pengiktirafan ini akan terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi UTeM serta memartabatkan nama UTeM di persada nasional dan antarabangsa.
“Sepintas lalu kemenangan tiga belas pingat ini terus membakar semangat para peserta dari UTeM apabila kesemua penyertaan berjaya membawa pulang pingat kemenangan seterusnya menjulang nama UTeM ke peringkat antarabangsaā€¯, ujarnya.- MalaysiaGazette