Home Nasional Bekas ADUN Kelaboran meninggal dunia di Makkah

Bekas ADUN Kelaboran meninggal dunia di Makkah

Mohd Zaki Ibrahim,
Mohd Zaki Ibrahim,

KOTA BHARU- Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, 52, meninggal dunia pada pukul 2.45 petang waktu Arab Saudi (3.32 petang waktu Malaysia) di Hospital King Abdul Aziz, Makkah.

Semalam, akhbar melaporkan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Alami (PEKA), Azhar Ibrahim berkata, beliau dimaklumkan isteri Allahyarham, Raihan Yusof bahawa Mohd Zaki berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut akibat komplikasi kencing manis.

Menurut Azhar, Allahyarham yang juga Presiden PEKA mengerjakan umrah bersama isteri dan empat anak sejak seminggu lalu dan dijangka pulang 2 Syawal nanti.

Katanya, Allahyarham dikatakan tiba-tiba demam beberapa minit sebelum berbuka puasa malam kelmarin dan diberikan ubat, namun dikhabarkan muntah sebelum tidak sedarkan diri.

Azhar berkata sepanjang berada di Mekah, Allahyarham berkerusi roda kerana kakinya sakit dan berkemungkinan ia disebabkan berlaku jangkitan kuman di kaki.

Allahyarham menjadi ADUN Kelaboran selama tiga penggal, yang mana pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Hanapi Wan Yaacob dengan kelebihan 2,103 undi. – Bernama