Home Ekonomi Harga minyak rendah dalam tempoh 3 bulan

Harga minyak rendah dalam tempoh 3 bulan

SYDNEY – Harga minyak susut 1.5 peratus dalam dagangan hari ini kepada paras terendah dalam tempoh tiga bulan selepas Presiden Donald Trump akan melaksanakan tarif ke atas import Mexico.

Tindakan terbaharu Washington itu menimbulkan kebimbangan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada harga AS$65.86 setong pada 0019 GMT, paras terendah sejak 11 Mac.

Manakala West Texas Intermediate pula pada harga AS$55.78 setong, susut AS$0.81 atau 1.5 peratus daripada harga penutup. Terdahulu ia merekodkan paras terendah sejak Mac pada AS$55.66 setong.

Harga minyak juga berada di bawah tekanan susulan penurunan stok yang masih rendah.

Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) berkata, stok minyak mentah susut hampir 300,000 tong pada minggu lalu, kurang daripada 900,000 tong yang dijangkakan.

Arab Saudi pula telah meningkatkan pengeluaran minyak pada bulan Mei tetapi masih belum cukup untuk menyeimbangkan eksport Iran selepas negara itu dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette