Home Dunia Indonesia arak 5 warga asing yang ditahan kerana dadah

Indonesia arak 5 warga asing yang ditahan kerana dadah

DENPASAR – Polis Indonesia di Bali telah menahan seorang warga Amerika Syarikat, dua warga Sepanyol dan dua warga Rusia kerana menjual kokain di pulau itu.

Ketiga-tiga lelaki dan dua perempuan itu diarak ke lokasi sidang media pada hari ini, lapor AP.

Ketua Polis Denpasar, Ruddi Setiakawan berkata, tangkapan pertama dilakukan pada 20 Mei lalu apabila warga Rusia berusia 33 tahun itu didapati sedang berunding menerusi telefon untuk menjual kokain kepada pelancong asing.

Indonesia melaksanakan undang-undang dadah yang ketat dan berpuluh-puluh penyeludup dadah sedang menunggu hukuman mati.

Hukuman mati terakhir dilaksanakan pada Julai 2016 apabila seorang warga tempatan dan tiga warga asing ditempak oleh skuad penembak. – Agensi