Home Seni Hidup Bayar mahal, bukan nak makan semua – Che Ta

Bayar mahal, bukan nak makan semua – Che Ta

Pelakon, Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR – Walaupun bulan Ramadan menghampiri penghujungnya, pelakon Rozita Che Wan masih sempat memberi tips untuk berjimat ketika berbuka puasa.

Menerusi Instagram miliknya, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta berkata, masyarakat perlu bijak memilih tempat yang tidak mahal agar makanan yang dimakan itu berbaloi.

Jelas Che Ta, tidak perlu ke tempat mahal untuk berbuka kerana tidak semua makanan mampu dimakan.

“Cerita bukak puasa. Makanan sedap, harga tak cekik darah. Bayaq mahai-mahai pun bukan laqat nak makan semua, so untuk mengelakkan pembaziran di bulan puasa ini pilih tempat yang tak mahai tapi makanan banyak dan sedap,” tulisnya.

Sebelum ini pelakon Maya Karin turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga bufet Ramadan di hotel-hotel yang tidak masuk akal dan terlalu mahal melebihi RM100 seorang. – MalaysiaGazette