LONDON – Manchester United menaikkan harga Romelu Lukaku kepada £80 juta selepas penyerang itu dijadikan sasaran utama Antonio Conte yang baru dilantik menjadi pengurus Inter Milan, lapor BBC Sport.
Ketika menjawat jawatan pengurus Chelsea sebelum ini, Conte turut menyasarkan Lukaku sebagai sasaran utama namun bintang Belgium itu memilih untuk ke United.
Beberapa minggu lalu Inter dilaporkan sudah membuat bidaan bernilai £50 juta ke atas pemain itu namun United meminta Inter membayar sekurang-kurangnya £70 juta.
United membeli Lukaku dengan nilai £75 juta dan kesemua kosya termasuk bonus tambahan mencecah hampir £90 juta.
Selain Lukaku, Conte juga berminat membawa masuk bekas pemain Chelsea iaitu Victor Moses.
Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer pernah memberitahu dia mahu menggunakan Lukaku dalam pasukannya kerana pemain itu serba boleh. – MalaysiaGazette