Home MGNews TERKINI : HARGA LEMBU MAHAL! Walaupun Makan Rumput Sama – Pembeli

TERKINI : HARGA LEMBU MAHAL! Walaupun Makan Rumput Sama – Pembeli

PETALING JAYA – Empat hari lagi menjelangnya Aidilfitri, sudah tentu ramai membuat persediaan membeli barang keperluan untuk digunakan bagi memasak juadah pagi raya.

Lazimnya para peniaga akan menggunakan kesempatan musim raya untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan harga jualan seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan banyak lagi.

Bagaimanapun, tinjauan MalaysiaGazette mendapati rata-rata pengguna berpuas hati kerana tidak ada kenaikan mendadak dilakukan khususnya terhadap barang kawalan.

Bagi Hamidah Wan Hassan, 43, yang setiap minggu ke Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mendapati, tidak ada kenaikan mendadak berlaku.

Malah, katanya, harga daging dan ayam sama seperti hari biasa.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv