Home Nasional Dua tren MRT SSP tiba di Malaysia

Dua tren MRT SSP tiba di Malaysia

MRT

KUALA LUMPUR- Selepas 10 hari belayar di lautan, dua tren Transit Aliran Massa (MRT) Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) akhirnya berlabuh di Malaysia.

Setiap tren itu mampu membawa 1,200 penumpang dan dipasang di Changwon, Korea Selatan oleh Hyundai-Rotem.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp., Datuk Najmuddin Abdullah berkata, tren-tren itu dijangka dihantar ke Depot Sungai Buloh malam tadi dan pada 11 Jun nanti.

“Tren-tren berkenaan tiba di Westport pada Khamis pagi yang mana hanya dua buah sahaja yang dibina sepenuhnya di Korea Selatan dan dihantar ke Malaysia oleh kontraktor MRT Corps., HAP Consortium.

“Tren-tren lain dipasang di Rasa, Hulu Selangor manakala komponennya dibawa dari Korea Selatan.

“Kerja-kerja percubaan dan permulaan serta kerja-kerja lain melibatkan sistem MRT Jajaran SSP hanya akan dilakukan apabila jajaran tersebut hampir dibuka.

“Fasa pertama dijangka dibuka pada Julai 2021. Sebelum itu, tren-tren berkenaan akan melalui ujian seperti ujian static dan integrase,” katanya.

Pembinaan Jajaran SSP sudah mencapai 50 peratus siap.

Video dua tren berkenaan telah dikongsi di laman Instagram MRT.- MalaysiaGazette