SAO PAULO- Naymar menafikan tuduhan dia merogol seorang wanita di sebuah Hotel di Paris, Perancis.
Menurut laporan polis yang dibuat mangsa di Sao Paulo, Neymar didakwa melakukan perbuatan itu secara paksaan ke atas wanita itu yang identitinya tidak didedahkan.
Bagimanapun kenyataan Neymar sebagai membalas dakwaan itu menyifatkan tuduhan wanita itu berniat jahat dan tidak berasas.
Neymar kini bersama Brazil menjelang aksi Copa Amerika menentang Bulgaria.
Laporan awal polis mendedahkan mangsa mengenali Neymar menerusi instagram sebelum bertemu di Paris.
Mangsa mendakwa Neymar menyediakan tiket penerbangan untuknya dari Brazil ke Paris serta menempah bilik hotel untuk bermalam.
Neymar didakwa datang dalam keadaan mabuk sebelum bertindak agresif mengadakan seks secara paksaan bersamanya.
Wanita itu dikatakan kembali ke Brazil dua hari selepas insiden itu dan tidak melaporkannya di Paris kerana dalam keadaan trauma ketika itu.
Bagaimanapun sebagai menindakkan segala dakwaan itu, Pengurusan Bintang PSG itu berkata pendedahan mangsa adalah cubaan mencalar reputasi Neymar selain cuba mencetuskan situasi negatif terhadap pemain bola sepak itu.
Bapanya Neymar dos Santos berkata, tuduhan wanita itu adalah suatu perangkap yang sengaja dirancang terhadap anaknya.
“Jika perlu kami bersedia mendedahkan kepada awam segala perbualan antara Neymar dan wanita itu dalam WhatsApp untuk membuktikan kebenaran di pihak kami,” katanya.
Neymar sebelum ini ditarik status kapten pasukan Brazil atas masalah disiplin.
Malah Persatuan Bola Sepak Perancis juga menggantung Neymar tiga perlawanan Ligue 1 selepas pemain itu menyerang penyokong kelab PSG selepas kekalahan kepada Rennes semasa perlawanan akhir Coupe de France Mei lalu.- MalaysiaGazette