Home Utama Persidangan aktivis LGBT di Malaysia Oktober ini

Persidangan aktivis LGBT di Malaysia Oktober ini

KUALA LUMPUR – Satu persidangan antarabangsa mengenai gender dan seksualiti bakal diadakan di ibu negara Oktober depan.

Menurut laman web genderconference.com, persidangan itu dianjurkan Institut Pengurusan Pengetahuan Antarabangsa adalah kali kedua diadakan.

Persidangan dua hari itu bertemakan “Memikirkan semula Jantina dan Seksualiti: Apa Yang Kita Tahu?  Apa yang telah kita pelajari? Apa seterusnya”.

“Persidangan Antarabangsa ke atas Gender dan Seksualiti 2019 bertujuan untuk menyediakan platform penting bagi penyelidik, ahli akademik, sarjana, dan saintis dari seluruh dunia untuk menangani hak yang sama dan membincangkan penyelesaian yang lebih baik untuk menangani hubungan jantina.

Ia juga akan memberi peluang kepada perwakilan untuk berkongsi pengetahuan berharga dan pengalaman mereka mengenai kajian jantina dari pelbagai perspektif,” tulis laman web berkenaan.

Paling menjadi perhatian, persidangan itu akan menjemput dua orang aktivis LGBT, Bhoomi Harendran dari Sri Lanka dan penyokong transgender dan aktivis dari Amerika Syarikat, Jessica Lynn.

Bhoomi Harendran adalah pelakon transgender yang pernah memenangi anugerah SAARC di Asia dan Sri Lanka.

Persidangan itu akan diadakan pada 03 hingga 04 Oktober depan.

Pembentang utama persidangan adalah bekas Menteri Pembangunan Sosial, Kesultanan Oman, Dr. Sharifa Al Yahyai. -MalaysiaGazette